Menurut satu kajian yang didedahkan oleh Pengarah Urusan satu platform digital mencari jodoh, Batuljannah.com, Dr Wan Hasifi Wan Zaidon berkata kerjaya professional antara golongan yang sukar mencari jodoh masa kini.
Golongan mereka yang bekerja dalam bidang professional merupakan golongan paling ramai mendaftar dengan portal terbabit, dengan merekodkan hampir 20% daripada jumlah keseluruhan pengguna.
Daripada 400,000 individu berdaftar, lelaki bekerjaya dalam bidang kejuruteraan mencatatkan peratusan tertinggi diikuti sektor perkilangan, badan beruniform dan penjawat awam. Manakala bagi wanita pula, bidang pendidikan mencatatkan bilangan tertinggi, diikuti pentadbiran dan perkhidmatan kesihatan. Daripada jumlah itu, 92.8% merupakan individu berusia 25 tahun dan keatas.
Menurut Dr Wan Hasifi lagi, sehingga kini sudah lebih 1,000 pasangan sudah berjaya mendirikan rumah tangga menerusi perkenalan daripada laman sesawang mereka.
Sumber: ODISI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.