Tahukah anda, terdapat satu kajian saintifik yang dibincangkan oleh Psychology Spot menunjukkan, kebijaksanaan anak-anak sebenarnya diwarisi daripada ibu.
Ia berkait rapat dengan genetik bijaksana yang dibawa banyak oleh kromosom X.
Wanita akan membawa dua kromosom X manakala lelaki pula membawa satu kromosom X dan Y. Disebabkan ini, kepintaran dan kebijaksanaan anak-anak banyak disumbangkan oleh kromosom daripada ibu.
Terdapat juga kajian terdahulu pada tahun 1994 oleh Medical Research Council Social dan Public Health Sciences Unit, dimana satu kajiselidik telah dijalankan keatas 12,686 orang yang berusia 14 hingga 22 tahun. Kajian mengambil kira tahap IQ, bangsa, latar belakang pendidikan, status sosio ekonomi dan banyak lagi. Hasilnya? Tahap IQ yang tinggi kebanyakkan datang dari ibu mereka.
Selain itu, dari segi psikologi pula membincangkan peranan ibu yang membesarkan anak sejak dari kecil dan menjadi ikutan anak-anak, telah menyokong fakta bahawa kebijaksanaan anak adalah daripada ibunya.
Namun begitu, ini tidak sama sekali menolak fungsi bapa yang turut menyumbang kepada kepintaran anak, malah ada kajian menunjukkan bapa yang berusia mempunyai anak yang lebih bijak berbanding bapa muda.
Sumber: Reader Digest
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.