Jan-Erik Lönnqvist, seorang profesor psikologi sosial di University of Helsinki’s Swedish School of Social Science telah berkongsi hasil kajian kepada Journal of International Psychology menunjukkan hubungan antara pemilik kereta dengan sikap masing-masing, khasnya kepada mereka yang membawa kereta mewah.
Menurut kajian, mereka yang membawa kereta mewah, khasnya lelaki, lebih kerap melanggar peraturan jalan raya dengan memandu laju, mengekori dari belakang dengan rapat, tidak menggunakan lampu isyarat ketika memotong, malah suka memandu secara agresif dan merbahaya.
Tambah kajian itu lagi, daripada kekayaan seseorang itu boleh dipengaruhi dengan sikap serta cara pemikiran individu, sehingga terbawa-bawa atas jalan raya. Kajian juga menyebut golongan ini sebagai narcissis, iaitu mereka yang suka mementingkan diri.
Sumber: Journal of International Psychology
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.