Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Kedai Pensil Terkecil di Tehran yang Menyimpan 200 Warna Kehidupan

IDRUS, Husna Najwa
22 Oct 2025, 01:09 PM

kedai pensil terkecil di tehran yang menyimpan 200 warna kehidupan

Foto: Agence France-Presse

Di sudut gelap yang tersorok di Grand Bazaar Tehran, wujud sebuah dunia kecil yang penuh warna dan nostalgia. Di situ berdirinya Mohammad Rafi, seorang lelaki berusia 52 tahun yang telah menumpukan lebih separuh hidupnya kepada sesuatu yang kelihatan sederhana iaitu pensil warna.

Selama 37 tahun, Rafi kekal setia dengan minatnya walaupun dunia di luar sana telah berubah ke arah digital. Di dalam kedai kecilnya yang diberi nama Medad Rafi (Pensil Rafi), ribuan batang pensil disusun rapi daripada lantai hingga ke siling membentuk lautan warna yang memukau sesiapa sahaja yang melangkah masuk.

kedai pensil terkecil di tehran yang menyimpan 200 warna kehidupan

“Saya tak pasti berapa banyak pensil yang ada, tapi saya tawarkan sekitar 200 warna berbeza,” ujar Rafi sambil tersenyum bangga.

Kedainya yang hanya berukuran tiga meter persegi itu boleh ditemui di bahagian seni dan kraf Grand Bazaar, pasar bersejarah yang sering digelar “sebuah bandar dalam bandar”.

Mencari kedai Rafi bukan perkara mudah. Ia memerlukan ketekunan menyusuri lorong-lorong berliku dan sempit. Namun, bagi sesiapa yang menemui kedai kecil itu, penat lelah pasti terbayar dengan pemandangan indah ribuan pensil beraneka warna yang menenangkan jiwa.

Rafi bukan sekadar penjual, tetapi juga penasihat seni kepada setiap pelanggan yang datang, sama ada pelajar, pelukis atau sekadar penggemar warna.

kedai pensil terkecil di tehran yang menyimpan 200 warna kehidupan

“Setiap kali ada pelanggan datang, saya rasa gembira, walaupun mereka tak beli apa-apa,” katanya.

Beliau sabar memberi pandangan tentang warna, tekstur dan jenama yang sesuai dengan keperluan pelanggan. Di kedainya, pensil tidak dijual dalam kotak dan hanya secara individu kerana bagi Rafi, setiap batang pensil mempunyai nilai dan keunikan tersendiri.

Pensil yang dijual datang daripada pelbagai sumber, ada yang buatan tempatan dan ada juga yang diimport dari Eropah serta Amerika.

“Yang paling mahal berharga 100,000 toman, tapi kualitinya luar biasa,” katanya.

Minatnya terhadap pensil bermula sejak kecil. Selepas menamatkan pengajian teknikal pada 1980-an, Rafi memulakan kerjayanya di sebuah syarikat pengeluar pensil sebelum akhirnya membuka kedai sendiri.

Namun, seperti warna yang pudar dimakan masa, Rafi menyedari zaman kegemilangan pensil telah berlalu.

“Dulu semua kanak-kanak ada kotak pensil warna di dalam beg sekolah. Sekarang, semuanya skrin sentuh,” katanya penuh nostalgia.

Walaupun begitu, Rafi tidak berhasrat untuk menurunkan perniagaan ini kepada anaknya yang kini bergelar doktor. “Dia tak minat kerja ini,” katanya ringkas, tanpa nada kecewa.

kedai pensil terkecil di tehran yang menyimpan 200 warna kehidupan

Antara koleksi berharga yang dimilikinya ialah pensil tertua berusia 72 tahun, yang disimpannya dengan penuh bangga.

Sumber: Agence France-Presse

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us