
Foto Hiasan
Baru-baru ini, sebuah kajian diterbitkan dalam Frontiers in Psychology (30 Jun 2025) berjaya menyokong idea lama iaitu memakan keju sebelum tidur boleh menyebabkan mimpi ngeri. Kajian ini melibatkan 1,082 responden, kebanyakannya pelajar universiti Kanada.
Produk tenusu terutamanya keju dikaitkan dengan kemungkinan mimpi yang lebih menakutkan. Kira-kira 22–25% daripada mereka yang mengalami mimpi berkait makanan menyalahkan produk tenusu.

Foto Hiasan
Pencuci mulut dan manisan dipercayai lebih dominan, sekitar 31% responden melaporkan ia sebagai punca mimpi buruk.
Alahan makanan dan intoleransi laktosa menjadikan individu lebih terdedah. Ketidakselesaan gastrousus seperti kembung atau kekejangan mampu menggangu kualiti tidur dan memicu 'micro‑arousals' gangguan halus yang meningkatkan kebarangkalian mengingati mimpi gelap.
Mengapa Keju Boleh Menyebabkan Mimpi Ngeri?
1. Ketidakselesaan perut terjadi dan menyebabkan tanda intoleransi seperti kembung atau kekejangan menyebabkan gangguan tidur REM dan dengan itu mimpi ngeri lebih mudah dialami.
2. Gangguan tidur mikro. Gangguan ini boleh berlaku tanpa sedar, sebagai respon terhadap ketidakselesaan, menguatkan ingatan mimpi dan emosi yang ditimbulkan.
3. Hubungan antara keju dan mimpi ngeri sudah lama ada, seperti dalam komik “Dream of the Rarebit Fiend” dan dalam karya Charles Dickens.
Makan lewat malam atau melonjak makan tanpa lapar dikaitkan dengan kualiti tidur yang lebih teruk dan peningkatan mimpi negatif. Sebaliknya, diet berasaskan buah, sayur dan teh herba dilaporkan menyokong tidur lebih berkualiti dan mengurangkan mimpi ngeri.

Foto Hiasan
Beberapa orang pakar turut berkongsi dapatan kajian mereka dan menurut Dr. Marie‑Pierre St‑Onge (Columbia University) ketidakselesaan gastrousus sebagai faktor utama terjadinya mimpi ngeri. Prof. Patrick McNamara (Boston University) menambah, micro‑arousals selepas makan produk tenusu boleh merangsang mimpi intensif. Diikuti oleh Prof. Tore Nielsen sendiri mengakui bukti ini penting, walaupun kaedah kajian masih berdasarkan soal selidik dan bukan eksperimen terkawal.
Tips Untuk Elak Mimpi Ngeri Berkait Makan
1. Hadkan pengambilan keju dan produk tenusu, terutama jika anda ada intoleransi laktosa.
2. Elakkan makan lewat, terutama makanan berat, manis atau bergula sebelum tidur.
3. Cuba diet ringan seperti buah, sayur dan minum teh herba pada waktu malam.
4. Jika kerap mengalami mimpi buruk, cuba catat makanan malam dan corak tidur kerana ini boleh membantu mengenalpasti pencetus mimpi buruk.
Kajian terkini dalam Frontiers in Psychology memberikan sokongan saintifik kepada kepercayaan lama, keju (terutama dalam kalangan mereka yang sensitif terhadap laktosa) dan makanan manis sebelum tidur boleh menyumbang kepada mimpi ngeri melalui gangguan tidur dan ketidakselesaan gastrousus. Namun, hubungan sebab-akibat masih belum pasti sepenuhnya dan penyelidikan lanjut diperlukan.
Jadi, jika anda ingin tidur lena dan jauh daripada mimpi ngeri, mungkin elok kurangkan makanan ringan yang manis atau makanan berkeju semasa makan malam. Selamat mencuba dan semoga mimpi anda manis setiap malam.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.