Nama kek sesumpah ini mungkin diambil dari nama binatang tersebut, namanya mungkin pelik tetapi tidak dari rupa dan warna.
Bukan itu saja,warnanya yang boleh berubah rubah turut menarik perhatian sesiapa pun yang melihatnya. Bagi yang rasa kek ini palsu, anda silap kerana ia boleh dimakan dan bukan sekadar untuk perhiasan.
Seorang pembuat kek dari Amerika Syarikat, Charlotte Sometime, berjaya mencipta formula dan resepi unik untuk menghasilkan kek yang luar biasa ini. Hasil dari idea kreatif ini menyebabkan keknya kini telah mendapat perhatian dunia dan laman Youtube rasmi miliknya mula dihujani dengan pelbagai soalan tentang bagaimana kek unik ini berjaya dihasilkan.
Jadi kepada pembuat kek di negara kita mana tahu ini boleh dijadikan menu kek terbaru di kedai anda sebagai daya tarikan yang baru bukan? Masih tidak percaya dengan keunikan kek sesumpah ini? Jom saksikan disini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.