Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Kelantan Dijangka Capai Status Negeri Menua Kurang Sedekad Lagi

ROSTAM, Mohamad Firdaus
20 Aug 2025, 10:34 AM

kelantan dijangka capai status negeri menua kurang sedekad lagiFoto: Bernama

Kelantan dijangka berdepan peralihan demografi besar apabila negeri itu diramal mencapai status negeri menua dalam tempoh kurang daripada 10 tahun. Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Abdul Shukur Abdullah, yang menyifatkan perkembangan ini bakal memberi kesan langsung terhadap pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

Menurut beliau, data menunjukkan sebanyak 11.1 peratus penduduk Kelantan pada tahun lalu terdiri daripada individu berusia 60 tahun ke atas. Angka ini dijangka terus meningkat dan mencapai 15 peratus menjelang tahun 2032, sekali gus meletakkan Kelantan secara rasmi dalam kategori negeri menua.

“Fenomena ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi ia membawa implikasi besar terhadap ekonomi, tenaga kerja, perancangan sosial dan sistem kesihatan. Kita akan berdepan situasi penyusutan tenaga kerja muda selain peningkatan kos dan keperluan dalam penjagaan warga emas.

“Lebih membimbangkan, masih ramai golongan berusia yang hidup di bandar tanpa sokongan keluarga rapat,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah LPPKN Negeri Kelantan, Haslinda Hassan.

Abdul Shukur turut menjelaskan, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2024, Kelantan kini memiliki kira-kira 1.9 juta penduduk dan sedang melalui proses peralihan demografi yang boleh memberi kesan besar kepada masa depan negeri.

Salah satu petunjuk utama yang menunjukkan arah perubahan tersebut ialah penurunan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) di Kelantan, iaitu daripada 3.6 anak pada tahun 2014 kepada 2.7 anak pada tahun 2023.

“Walaupun kadar ini masih berada di atas paras penggantian penduduk iaitu 2.1 anak, trend ini jelas menunjukkan Kelantan sedang menuju era penuaan. Antara punca utama penurunan ini termasuk kecenderungan masyarakat berkahwin pada usia lebih lewat, peningkatan kos sara hidup, perubahan gaya hidup serta pilihan untuk mempunyai keluarga yang lebih kecil,” ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa jumlah perkahwinan di Kelantan menurun ketara daripada 22,347 pada tahun 2021 kepada hanya 16,925 pada tahun 2023. Dalam masa sama, umur purata perkahwinan pertama juga meningkat – bagi lelaki daripada 28.2 tahun (2016) kepada 29.9 tahun (2023), manakala bagi wanita daripada 28.2 tahun kepada 30.6 tahun dalam tempoh sama.

“LPPKN mendapati faktor kewangan, kesukaran mendapatkan pasangan yang sesuai, serta keutamaan membina kerjaya menjadi antara sebab utama ramai menangguhkan perkahwinan. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tempoh reproduktif menjadi singkat, sekali gus memberi kesan langsung kepada kadar kelahiran pada masa depan.

“Oleh itu, data dan input penting ini perlu dijadikan panduan dalam merangka dasar, intervensi serta pelan tindakan negeri yang inklusif dan menyeluruh, supaya ia benar-benar mengambil kira keperluan penduduk,” katanya.

Untuk rekod, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu laporan media pada 31 Julai lalu menjelaskan bahawa sesebuah negeri boleh ditakrifkan sebagai menua apabila penduduk berusia 65 tahun dan ke atas melebihi tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us