Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Kelantan Peruntuk Lebih RM100 Juta Tahun Ini Untuk Kelestarian Pendidikan

Mohd Nassuruddin menyatakan bahawa 82 daripada 93 sekolah YIK yang terlibat dalam peperiksaan SPM dan STAM termasuk dalam program kecemerlangan berkenaan, melibatkan 5,162 calon SPM dan 1,024 calon STAM
Abdul Muadzar Azizan.
12 Sep 2024, 08:57 AM

kelantan peruntuk lebih rm100 juta tahun ini untuk kelestarian pendidikanKelantan telah menyediakan RM125.2 juta untuk pembangunan pendidikan bagi tahun ini, yang akan disalurkan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK), menurut Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Peruntukan tersebut merangkumi Program Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Program Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), serta bantuan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.

Beliau menyatakan bahawa 82 daripada 93 sekolah YIK yang terlibat dalam peperiksaan SPM dan STAM turut serta dalam program kecemerlangan tersebut, melibatkan 5,162 calon SPM dan 1,024 calon STAM.

"Inisiatif ini bertujuan memastikan pelajar di bawah kendalian kita terus melakar kejayaan, seterusnya mengharumkan nama negeri terutama dalam mengangkat sistem pendidikan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan Peperiksaan dan Pelajar ke Timur Tengah serta Perasmian Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan di Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong di sini pada Rabu.

"Kita harap pihak sekolah dapat melaksanakan program kecemerlangan ini sebaik mungkin dan saya menaruh harapan yang tinggi kepada pelajar agar dapat menabur budi serta khidmat bakti kepada agama, bangsa dan tanah air apabila berjaya nanti," katanya.

Terdahulu Mohd Nassuruddin menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 setiap seorang kepada 98 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Jordan, Mesir dan Tunisia dalam pengajian perubatan, pergigian dan ulum syariah tahun ini.

Menteri Besar itu berkata kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan dengan peruntukan RM477,000 bagi membantu pelajar yang menghadapi kesukaran dalam pencapaian akademik disebabkan kekurangan akses kepada pendidikan tambahan.

Beliau berkata program itu melibatkan 1,350 orang pelajar membabitkan 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh tiga bulan dengan peruntukan RM10,600 bagi setiap DUN yang akan dilaksanakan Oktober depan.

"Program ini menyasarkan pelajar sekolah menengah yang memerlukan bantuan tambahan dalam pelajaran, khususnya dari keluarga kurang berkemampuan.

Sumber : Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}