Tidur adalah aktivit yang penting yang boleh membantu melegakan masalah mental anda. Dengan tidur juga, kita boleh mendapatkan tenaga mencukupi untuk hari esok.
Meskipun begitu, masih ada yang merasa penat meskipun sudah mendapat tidur mencukupi. Ada juga yang masih lagi merasa penat walaupun sudah cuti lama.
Kenapa ia boleh belaku?
Menurut Public Health Malaysia, masalah penat yang melampau meskipun sudah cukup tidur dan rehat ini boleh berpunca daripada beberapa sebab utama seperti:
- Anaemia – kurang darah: boleh berlaku disebabkan kurang zat besi, ulsert perut, kanser, datang bulan dan lain-lain.
- Apnea tidur – salur pernafasan mengecut dan mengganggu tidur, menyebabkan dengkur kuat.
- Hypothyroid – hormon thyroid yang rendah.
- Anxiety – kerisauan, bimbang.
- Depression – kemurungan yang berpanjangan.
- Diabetes – gejala biasa diabetes seperti lemah, cepat haus, lapar dan juga kerap kencing.
Jika masalah kepenatan ini berpanjangan, segera dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar di klinik atau hospital berdekatan anda.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.