Buat sesetengah kawasan, khususnya di Semenanjung Malaysia, hujan pada waktu petang atau malam sering terjadi sejak dua menjak ini.
Jika anda perasan, setiap kali hendak turunnya hujan lebat pada waktu petang atau malam, keadaan sekeliling akan menjadi panas terlebih dahulu pada waktu siang atau beberapa jam sebelum turunnya hujan.
Kenapa ia terjadi?
Suhu panas yang dirasai sebelum turunnya hujan adalah berkait rapat dengan pembentukan awan hujan itu sendiri. Gas atau udara yang naik ketika proses pembentukan awan ini akan melalui proses penyejatan.
Ketika udara panas ini naik dan bertemu dengan udara yang lebih sejuk di atas, menyebabkan terbentuknya awan melalui proses kondensasi. Semakin lama, semakin banyak udara yang bercampur, wap air bertukar menjadi air, seterusnya terjadi hujan.
Pada ketika ini, awan mendung akan melepaskan udara yang panas, kesan daripada perubahan wap air kepada hujan itu tadi.
Disebabkan itu, kita akan merasai panas yang lain macam sebelum berlakunya hujan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.