Kerajaan Iran memperkenalkan aplikasi mencari jodoh berlandaskan syariah sebagai usaha menggalakkan golongan muda berkahwin.
Menurut laporan media tempatan, aplikasi yang dikenali sebagai Hamdam atau dalam bahasa Parsi bermaksud ‘berteman’, ia membenarkan pengguna untuk mencari dan memilih pasangan mereka.
Hamdam merupakan satu-satunya platform yang dibenarkan di negara Islam itu, tegas Ketua Polis Siber, Kolonel Mohammad Rajabi.
Kata Rajabi, aplikasi-aplikasi mencari jodoh yang sangat popular di negara itu. Namun, kesemua platform yang sedia ada itu dianggap sebagai haram.
Aplikasi yang dibangunkan oleh Institut Kebudayaan Tebyan, aplikasi berkenaan didakwa menggunakan kecederasan buatan untuk mempertemukan jodoh untuk golongan bujang yang berhasrat mendirikan rumah tangga.
Aplikasi Hamdam itu boleh diakses secara percuma oleh rakyat negara itu. Menurut ketua Tebyan, Komeil Khojasteh, nilai-nilai kekeluargaan di Iran kini berhadapan dengan ancaman dari luar.
“Keluarga menjadi sasaran ‘musuh’ dan mereka (musuh) mahu nilai-nilai kekeluargaan (di Iran) ditawan dengan ‘idea mereka’ sendiri,” ujar beliau sambil memaklumkan aplikasi Hamdan akan mewujudkan keluarga yang ‘sihat’.
Setiap pengguna yang mahu mengakses ke aplikasi berkenaan, mereka harus mengesahkan identiti masing-masing dan harus menjalani ‘ujian psikologi’ sebelum bearpeluang meneruskan pencarian jodoh.
Apabila padanan jodoh ditemui, aplikasi itu bakal membawa pengguna tersebut berkenalan dengan keluarga pasangan dengan kehadiran seorang perunding perkhidmatan yang juga akan sentiasa ‘mengiringi’ pasangan berkenaan sehingga empat tahun perkahwinan mereka.
Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei pernah beberapa kali berkata, negara tersebut berdepan dengan peningkatan umur perkahwinan dan penurunan kadar kelahiran.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.