UN Studio telah memenangi pertandingan rekabentuk dan telah diberi tanggungjawab untuk merekabentuk sebuah terminal kereta kabel di Rusia.
Namun apa yang menarik tentang kereta kabel ini ialah, ia merupakan kereta kabel pertama yang menghubungkan dua negara, iaitu Rusia dan China.
Terminal kereta kabel di Rusia akan terletak di bandar Blagoveshchensk, manakala di China pula akan terletak di Heihe. Setiap kabin boleh memuatkan 60 orang penumpang dengan hanya satu muatan setiap seorang dibenarkan.
Perjalanan antara dua negara menggunakan kereta kabel ini dijangka akan memakan masa kira-kira 7 minit setengah merentasi sungai Amur.
Salah seorang ahli dalam UN Studio berkata, penggunaan kereta kabel ini akan memudahkan dan memendekkan tempoh perjalanan, berbanding jika menggunakan kenderaan awam.
Meskipun masih diperingkat cadangan, pembinaan kereta kabel seumpama ini mendapat sokongan ramai dan dilaporkan akan memulakan pembinaannya pada tahun hadapan.
Sumber: Wonderful Engineering
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.