Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 di negeri Kelantan terus meningkat apabila dua lagi kes baru direkodkan, semalam (12/11/2020).
Ini menjadikan seramai 17 pesakit dalam rawatan di negeri berkenaan.
Kes ke-199 (Mukim Jeram, Pasir Puteh) merupakan saringan berisiko luar negeri (Negeri Sembilan) dan dikategorikan sebagai import B (luar Kelantan). Manakala, kes kedua pula ialah ke-200 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) merupakan kontak rapat kes ke-186 juga merupakan Kluster Kube.
Secara keseluruhannya, terdapat 200 jumlah kes jangkitan dilaporkan dalam negeri Kelantan, setakat 12 November 2020.
Selain itu juga, empat daerah di Kelantan iaitu Machang, Jeli, Kota Bharu dan Tanah Merah masih lagi diisytiharkan sebagai zon kuning.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.