Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Influenza Datang Tanpa Amaran, Ketahui Tanda-Tanda Awal

IDRUS, Husna Najwa
14 Oct 2025, 11:46 AM

influenza datang tanpa amaran, ketahui tanda-tanda awal

Foto: MyHEALTHKKM

Musim hujan dan perubahan cuaca sering menjadi “waktu emas” bagi virus menyerang sistem imun tubuh manusia. Salah satu penyakit yang mudah merebak dan sering dipandang remeh ialah influenza, atau lebih dikenali sebagai “flu”.

Influenza bukan sekadar selsema biasa. Ia boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan yang serius, terutama dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.

Antara gejala utama influenza yang perlu anda beri perhatian ialah:

  • Demam panas – suhu badan meningkat mendadak
  • Batuk – biasanya kering dan berpanjangan
  • Sakit kepala – tekanan kuat di bahagian dahi dan belakang kepala
  • Sakit tekak – terasa perit semasa menelan
  • Menggigil – badan bergetar akibat suhu tinggi
  • Muntah dan Cirit-birit – lebih kerap berlaku pada kanak-kanak
  • Letih lesu – hilang tenaga walaupun cukup rehat
  • Influenza boleh merebak dengan cepat melalui titisan udara apabila seseorang batuk atau bersin. Jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru, serangan jantung atau jangkitan sekunder lain.

Mereka yang berisiko tinggi termasuk:

  • Warga emas
  • Kanak-kanak kecil
  • Wanita hamil
  •  Individu dengan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau asma

Langkah Pencegahan Yang Mudah Tapi Penting

influenza datang tanpa amaran, ketahui tanda-tanda awal

1. Basuh tangan dengan sabun secara kerap.

2. Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.

3. Elakkan berada di tempat sesak jika tidak sihat.

4. Pakai pelitup muka untuk mengurangkan penularan.

5. Dapatkan vaksin influenza setiap tahun untuk perlindungan tambahan.

Jika anda mengalami gejala seperti dalam gambar, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Rawatan awal bukan sahaja mempercepatkan proses pemulihan, malah dapat mengelakkan jangkitan merebak kepada orang lain.

 Kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Lindungi diri, lindungi keluarga.

Sumber: MyHEALTHKKM

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us