Musim hujan dan petir yang sering melanda kebanyakkan negeri di Malaysia masa kini adalah berikutan dengan fasa peralihan monsun timur laut yang baru sahaja berakhir minggu lalu.
Disebabkan musim hujan ini, kita sering mendengar bunyi dentuman guruh dan adalah amat bahaya sekiranya kita terdedah kepada ruang terbuka.
Namun menurut Public Health Malaysia, sekiranya anda mendengar bunyi guruh kurang daripada 30 saat selepas anda melihat kilat, ini adalah bermakna anda sangat dekat dengan kilat.
Disarankan agar anda berlindung dan tunggu 30 minit selepas bunyi guruh terakhir kedengaran.
Langkah ini juga dikenali sebagai 30-30 rule.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.