Selalunya kita dengar buku dibalut dengan kulit binatang seperti lembu, ular ataupun buaya. Tetapi kulit manusia? Ini bukan sahaja pelik tapi menyeramkan. Ini kisah tentang William Burke dan buku nota kecil yang dibalut dengan kulitnya.

William Burke dan rakannya bernama William Hare merupakan penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan 16 mangsa bunuh di Edinburgh, Scotland pada tahun 1828.

Pada waktu itu, kerajaan Scotland hanya membenarkan pusat-pusat pengajian perubatan sahaja menggunakan mayat-mayat penjenayah yang telah dihukum sebagai bahan uji kaji. Sebab itulah, amat sukar untuk sekolah perubatan mendapatkan jasad, jadi Burke dan Hare adalah pembekal utama jasad bagi seorang doktor bernama Robert Knox.
Namun, kegiatan mereka itu terbongkar dan ketiga-tiga mereka telah ditangkap. Selepas perbicaraan, Burke didapati bersalah selepas Hare mengakui bahawa Burke seorang sahaja yang membunuh kesemua mangsa tersebut.
Pada 28 Januari 1829, William Burke telah digantung di hadapan 25,000 orang, dan jasadnya dibedah 3 hari kemudian dan dipisahkan di hadapan khalayak ramai di teater University of Edinburgh.

Sebahagian daripada kulitnya telah dicuri oleh orang yang tidak diketahui. Beberapa tahun kemudian, produk-produk seperti buku nota kecil dan bekas penyimpan kad yang dibaluti dengan kulit William Burke telah dijual kepada orang ramai. Ternyata ramai yang berebut untuk memiliki barangan tersebut.

Manakala, tengkorak Burke pula dipamerkan di Edinburgh University Museum sebagai rujukan para pelajar di sana sehingga hari ini. Bahkan, potongan otak Burke turut menjadi pameran.


Sumber: iluminasi.com / Digging Up 1800
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.