Ailurophobia, adalah sejenis fobia yang dikaitkan dengan kucing. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud ailurous iaitu kucing dan phobos iaitu takut.
Betul ke kalau seseorang yang takut kucing, kucing lebih cenderung untuk datang kepada mereka?
Menurut Dr. Jessica Vogelsang, kucing memang lebih cenderung untuk mendekati seseorang yang takut atau yang tidak menghiraukan mereka kerana ia tidak memperlihatkan sebarang unsur ancaman. Berbanding orang yang sukakan kucing, tindakan menyentuh bulu haiwan ini dilihat juga sebagai ancaman kepada mereka, jika mereka tidak mengenali.
Sumber: Dr. Jessica Vogelsang & PetMD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.