Jangkitan COVID-2019 (novel-koronavirus) ialah sejenis virus berjangkit yang menyebabkan jangkitan pernafasan. Disebabkan laporan terawal kes mempunyai kaitan epidemiologi dengan makanan laut dan haiwan eksotik, virus ini juga dikatakan mempunyai punca zoonosis.
Disebabkan risau penularan wabak ini kepada haiwan, satu foto telah tular dimedia sosial menunjukkan seorang pemilik memakaikan topeng penutup mulut pada kucing perliharaannya.
Topeng yang digunakan adalah daripada face mask manusia, dan ditebukkan pada bahagian mata bagi memudahkan kucing itu melihat.
Selain foto kucing yang tular ini, seorang lagi pemilih dilihat memakaikan suit plastik berserta topeng penutup mulut pada anjing perliharaannya, dengan tujuan yang serupa; melindungi haiwan daripada terkena jangkitan COVID-2019.
Setakat ini, masih belum ada pengesahan jumlah haiwan yang terkena jangkitan virus merbahaya ini.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.