Pencinta kucing mesti terfikir bahawa membiarkan kucing anda merayau-rayau boleh membuatkan kucing anda lebih sihat kerana bergaul dengan kucing-kucing yang lain.
Tetapi, satu kajian oleh Universiti Auburn Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan persekitaran luar boleh memberi risiko kepada kucing anda untuk terkena jangkitan penyakit.
Bakteria atau virus mudah menjangkiti kucing melalui sentuhan, air liur dan udara. Antara jangkitan yang boleh terkena pada kucing ialah Toxoplasma Gondii iaitu sejenis parasite dan lebih menakutkan ia boleh dipindahkan kepada pemilik kucing itu sehingga menyebabkan kemurungan dan skizofernia.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.