Kredit gambar utama: Pexels
Ada yang masih menghitung hari gaji? Atau ada yang duit gaji semakin menipis? Hari minggu dah dekat, takkan nak duduk rumah ye dak? Bosan. Korang tau tak, korang masih boleh enjoy weekend tanpa perlu berbelanja banyak. Atau paling tidak, korang boleh mengeluarkan peluh dengan aktiviti ni.
#1 Jom Taman
Bangun pagi terus gerak ke taman rekreasi berhampiran rumah korang. Selalunya setiap pagi minggu akan ada group yang berzumba dan beraerobik bersama-sama, bolehlah korang join sekaki. Paling tidak pun, korang bolehlah berjalan menghirup udara segar atau berjoging.
#2 Berenang
Kalau korang duduk di kondominium tak perlu risau sebab dah sedia ada kolam renang. Tetapi yang tiada kemudahan macam ni, korang boleh pergi ke kolam renang awam. Kenalah bayar sedikit. Antara pilihan kolam renang yang ada seperti di Kompleks Renang Kuala Lumpur, Pusat Akuatik Negara, Stadium Chin Woo, Marina Putrajaya dan Pusat Akuatik Shah Alam.
#3 Berzumba & Aerobik
Korang boleh join aktiviti zumba dengan bayaran serendah RM5 di pusat-pusat kecergasan serta padang komuniti berhampiran rumah. Nak lagi awesome, korang buka je Youtube dan beraksilah mengikut video tu. Sure berpeluh-peluh. Boleh ajak satu keluarga join.
#4 Hiking
Banyak bukit di Malaysia. Yang baru nak berjinak-jinak tu boleh cuba bukit yang rendah seperti Bukit Broga dan Bukit Nanas. Yang dah ada stamina lebih tu bolehlah mula explore Bukit Tabur, Bukit Saga, Gunung Irau, Bukit Keluang, Bukit Batu Putih dan Bukit Saga.
#5 Berbasikal
Aktiviti ni pun tak perlukan modal yang banyak. Korang boleh je guna basikal sendiri dan pusing-pusing sekitar kawasan tempat tinggal. Tetapi jika korang ingin jadikan aktiviti ini sebagai riadah keluarga yang menarik, korang boleh pergi ko lokasi yang menyediakan sewaan basikal seperti di Taman Botani Putrajaya, Taman Botani Shah Alam dan Taman Tasik Titiwangsa.
Ha, apa lagi alasan yang nak diberi untuk tidak bersenam dan keluarkan peluh? Jom sama-sama kita mulakan gaya hidup sihat. Nak sihat tak perlu modal yang banyak, asalkan kita punya semangat yang kental!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.