Di negara Kuwait, lafaz ‘hayya alassolah’ dalam azan yang bererti ‘marilah mengerjakan solat’ telah ditukarkan kepada ‘assolatu fi buyutikum’ yang bermaksud ‘solatlah kamu di rumah’.
Jadi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz ‘hayya alassolah’ (marilah bersembahyang) sewaktu azan akan diperlahankan bagi kawasan Wilayah-Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
"Berhubung dengan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, antara cadangan lain berkaitan kaedah azan adalah:
- Azan tetap akan dikumandangkan seperti biasa kerana ia adalah syiar Islam.
- Setelah azan, mu' azzin/bilal hendaklah berpesan, "Solatlah di rumah atau tempat kamu." dalam Bahasa Melayu kerana ia lebih difahami oleh umat Islam di Malaysia. Ini bagi meraikan beberapa hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad. Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin (1/208) menghukumkan sunat bagi muazzin untuk menyebut sedemikian selepas azan.
-
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Astro AWANI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.