Sebelum ini, syarikat IBM telah memperkenalkan komputer terkecil di dunia.
Namun, pasukan dari University of Michigan telah membuat komputer yang jauh lebih kecil iaitu dengan ukuran 0.33 x 0.33 milimeter, dan ia adalah jauh lebih kecil dari sebutir beras.
Berbeza dengan komputer biasa, komputer ini menggunakan photovoltaics iaitu satu kaedah untuk mengubah cahaya menjadi elektrik.
Komputer ini terdiri dari processor, memori, serta transmitter dan receiver yang akan menghantar dan menerima data daripada cahaya dan haba.
"Memandangkan komputer ini kecil dan bio-serasi, kami boleh menanamkannya ke seekor tikus dan membiarkan sel kanser tumbuh di sekitarnya," kata Gary Luker, Profesor Radiology dan Teknik Biomedik.
.
"Komputer ini bertindak sebagai sensor suhu untuk menilai perubahan suhu pada tumor dengan perubahan suhu pada sel normal, dan kita boleh jadikan ini sebagai cara untuk mencari penawar", katanya lagi.
Selain digunakan dalam bidang perubatan, komputer ini juga boleh digunakan untuk tujuan lain, seperti pengawasan audio dan video, penilaian tangki minyak, dan sebagainya.
Sumber: Michigan News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.