Kulit berkerak yang kehitaman dan mempunyai permukaan seperti kain baldu ini bukan daki. Walaupun anda sental dengan berus ia tetap tidak hilang!
Keadaan kulit ini dikenali sebagai akantosis nigrikans. Biasanya ia berlaku pada individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan terjadi di leher, ketiak, celah peha dan mana mana bahagian pelipat.
Ia berlaku akibat kerintangan insulin pada bahagian kulit. Ia menyebabkan pengaktifan reseptor pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan kulit menjadi semakin tebal.
Sesiapa yang ada masalah ini perlu menjalani pemeriksaan gula kerana berisiko mendapat diabetes. Jika masih berusia muda dan remaja, ambil peluang untuk kurangkan berat badan.
Berat badan semakin berkurangan, kesan kulit berkerak akan turut berkurangan.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.