Cuba bayangkan anda hidup bersendirian si sebuah pulau kecil dan tidak berpenghuni? Kerana itu yang dilakukan oleh Mauro Morandi yang telah menetap di Pulau Budelli, Itali selama 30 tahun sebagai penjaga.
Namun, Mauro terpaksa kembali duduk bersama masyarakat apabila dia diminta meninggalkan pulau itu atas akuran perintah pihak berkuasa.
Ini selepas beberapa kali pihak berkuasa di Sardinia, Itali memberi amaran dan mengugut untuk mengusir Mauro dari pulau itu jika dia tetap tinggal di situ.
"Saya akan pergi dan berharap Budeli akan dilindungi seperti telah saya lakukan selama 32 tahun lalu," katanya.
Mauro mula menetap di pulau itu selepas cuba berlayar dari Itali ke Polinesia. Ketika melalui Budelli, dia terpesona dengan keindahan pulau kecil itu dan mengambil keputusan untuk tinggal di situ.
Pada waktu itu, secara kebetulan penjaga pulau itu sudah mahu bersara dan Mauro ambil alih jawatan itu sehingga kini.
Namun, peranannya sebagai penjaga tidak lagi berfungsi selepas Taman Nasional La Maddalena mengambil alih pemilikan pulau itu pada 2015.
Mauro cuba sedaya upaya untuk mempertahankan haknya tinggal di pulau itu sehinggalah dia berputus asa dan bersetuju berpindah daripada pulau tersebut.
Bagi membantu Mauro memulakan kehidupan baharu, pihak berwajib mencarinya sebuah apartment kecil sebagai tempat tinggal baharunya.
Sumber: National Geographic
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.