Seorang guru di Amerika Syarikat nyaris disambar petir ketika sedang melintas dalam hujan menuju ke keretanya.
Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, Romulus McNeill dilihat sedang berjalan menggunakan payung disatu kawasan lapang, sebelum berlaku panahan petir dalam jarak hanya beberapa inci daripada kedudukannya.
McNeill yang terkejut dengan insiden itu, terus mencampakkan payung ke atas tanah sebelum beredar.
”Saya terasa kejutan itu. Gila untuk perkara seperti itu boleh berlaku. Ketika itu, saya mahu beredar dan pulang ke rumah untuk menikmati makan malam,” katanya.
Sumber: WMBF News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.