Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Lelaki Perlu Implan Tempurung Kepala Terima Sumbangan Perdana Menteri

Dapat bantuan RM15,000
Aimi Amira Nordin
20 Feb 2025, 02:11 PM

lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan perdana menteri

Foto: Bernama

Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Memetik laporan Bernama, Muhammad Sufi Abdul Aziz telah, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Kedah Zaiton Yahya di rumahnya di Taman Jitra Indah, di Jitra semalam.

Dalam pada itu, Zaiton memberitahu bahawa sumbangan Perdana Menteri itu bagi membantu lelaki berusia 36 tahun itu menampung kos pembedahan pemasangan implan tempurung kepalanya.

"Muhammad Sufi sebelum ini terlibat dalam kemalangan pada Disember 2023. Akibat kemalangan itu, dia mengalami kecederaan teruk di kepala. Pihak ICU dimaklumkan Perdana Menteri simpati dengan apa yang berlaku dan telah meminta saya mewakili beliau menyampaikan sumbangan.

"Saya harap, sumbangan ini dapat mengurangkan beban dipikul Muhammad Sufi dan berdoa agar Allah mempermudah segalanya dan semoga Muhammad Sufi cepat sembuh dan kembali normal seperti sediakala," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Muhammad Sufi menggunakan minat memasaknya untuk menjual daging salai, dibuat bersama-sama ibunya Nooraini Ishak, 71, bagi mencari dana untuk menampung kos pembedahan itu, telah memuat naik video menjual produk itu dalam media sosial hampir seminggu lepas.

"Saya tidak sangka semakin ramai memesan daging salai selepas video tular sejak dua, tiga hari lepas. Setakat ini pesanan diterima kira-kira 20 paket. Daging salai tidak dibuat setiap hari kerana mengambil masa, iaitu 12 jam sahaja untuk proses menyalai.

"Buat masa ini, saya akan siapkan semua pesanan diterima ... selepas pembedahan nanti dan apabila sudah sihat, saya ingin kembali bekerja sebagai ahli fisioterapi kerana memang sukakan pekerjaan itu," katanya lagi.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us