Benda paling menjengkelkan dan boleh merosakkan hari seseorang wanita jika menghadapi masalah tudung pada hari itu.
Jadi kaum adam haruslah bersabar jika emosi kawan wanita ataupun pasangan anda tidak berapa baik disebabkan tudung mereka tak ‘menjadi’.
Maka, ini beberapa masalah tudung yang anda perlu ambil tahu jadi tak ada la anda terkena tempias.
- Tudung konyok/ tudung berkedut
Perempuan paling benci tudung kedut sebab itu lah jika anda ingin beli tudung untuk kawan perempuan ataupun isteri anda, pastikan anda beli tudung yang tak perlu digosok.
Tapi yang paling penting jika dia baru gosok tudung, jauhkan diri anda sejauh-jauh mungkin daripada tudung dia.
- Tudung susah nak bentuk
Masalah ini selalunya berlaku apabila memakai tudung bawal. Jadi kalau anda nampak mereka pakai tudung bawal hari itu, bersedia sahaja lah.
- Tudung comot
Benda paling pantang dan sering sangat berlaku adalah apabila tengah makan, makanan terkena tudung. Terutamanya jika makanan itu berminyak dan berkuah.
- Tudung berkain licin
Kain satin memang cantik tapi sangat susah untuk kaum hawa nak pakai. Jadi kalau nak bagi hadiah tudung satin kena tengok satin yang jenis macam mana.
Sebab ada tudung saja satin yang tidak licin dan jenis satin yang macam ini lah kegemaran perempuan bertudung.
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.