Lipas biasa pun boleh naikkan bulu roma orang ramai tapi tahu tak sebenarnya lipas berwarna putih wujud. Ye tak tipu! Tapi lipas berwarna putih tu bukanlah disebabkan genetik albino.
Lipas akan melalui proses tumbesaran bersalin kulit ataupun molting. Dimana lipas akan membuang kulit yang exoskeleton tu.
Pada masa molting inilah, ia akan kehilangan pigmen yang memberi warna coklat gelap yang kita kenali. Proses untuk kembalikan pigmen berwarna coklat itu mengambil masa beberapa jam. Sebab itulah keadaan albino itu hanya sementara sahaja.
Selepas proses molting, kebiasaannya lipas akan menyorok jauh daripada cahaya dan udara yang kuat. Disebabkan lapisan exoskeleton baru ini tidak keras dan menyukarkan pergerakan. Sebab itulah kita jarang lihat lipas putih.
Sumber: The Patriot
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.