#Trending Jangan Panik Kalau Anda Atau Anak Anda Ada Lubang Pada Telinga Tu bukan kanser! Editor 05 Sep 2018, 07:38 PM Share Tweet Seorang doktor berkongsi di twitternya @Dr_Shaiful tentang lubang kecil yng ada pada sesetengah orang ini. Ada yang kata lubang ini tanda kanser. Nak tau apa dia, jom baca perkongsian ini."Dr, anak saya ada kanser telinga ke?" Tanya seorang ibu."Kenapa Puan kata macam tu?" Soalku secara spontan."Ni ada lubang kecil ni" (sambil tunjuk lubang kecil seperti gambar ๐)"Puan, ini MITOS..!! " . Ingin tahu?? JOM ikuti bebenang dibawah ๐๐ pic.twitter.com/Ql0P8ZkJZT— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) September 3, 20181) APAKAH LUBANG KECIL INI?-Ia dikenali sebagai Preauricular sinus. Merupakan sejenis "Congenital Malformation " yang terjadi semasa dalam kandungan sewaktu pembentukan telinga. Ia bukan PETANDA KANSER TELINGA..!!— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) September 3, 20182) ADAKAH BERBAHAYA??- Tidak BERBAHAYA. Selagi mana tidak pernah berlaku jangkitan kuman / bernanah, tidak perlu buat apa-apa, KECUALI berlaku jangkitan kuman (sakit, bengkak, merah, demam) atau nanah yang berulang di tempat lubang tersebut.— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) September 3, 20183) APA PERLU BUAT JIKA BERLAKU JANGKITAN KUMAN ATAU NANAH?- Jika berlaku jangkitan kuman (sakit,bengkak,merah,demam) segera berjumpa Doktor untuk diberikan antibiotik dan jika bernanah, kemungkinan doktor perlu sedut (aspirate) atau toreh untuk keluarkan nanah.— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) September 3, 20184) ADAKAH PERLU UNTUK DIBEDAH?- YA jika jangkitan kuman/nanah sering berulang. Kebiasaanya pembedahan pembuangan sinus dilakukan sewaktu tiada tanda-tanda jangkitan kuman atau selepas 6 minggu jangkitan kuman/nanah pulih.— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) September 3, 20185) ANDAI BERMANFAAT, SEBARKAN-Ingin sekali lagi saya tegaskan, ia bukanlah PETANDA KANSER TELINGA. Jika berlaku jangkitan kuman atau nanah yang berulang, segeralah berjumpa Doktor ๐— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) September 3, 2018 Kredit: Twitter Share Tweet Filled Under : telinga preauricularsinus *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.