Lukisan terbesar di dunia yang berjudul The Journey of Humanity, ciptaan artis kelahiran Britain, Sacha Jafri dijual dengan harga £45 juta, iaitu kira-kira RM 255 juta lebih.
Menurut Jafri, dia telah menghabiskan masa selama lapan bulan untuk melukis karya seni seluas 1, 600 kaki persegi itu di sebuah ballroom hotel yang sepi di Dubai.
Tujuan asal ia dijual adalah untuk mengumpulkan dana buat badan amal kanak-kanak.
Selain itu, pada asalnya, dia merancang untuk menjual lukisan terbabit dalam 70 bahagian dan hanya berhasrat untuk mengumpulkan sebanyak £20 juta, iaitu kira-kira RM 113 juta lebih.
Namun, lain pula yang terjadi apabila muncul seorang ahli perniagaan Perancis, Andre Abdoune yang berkeputusan membeli keseluruhan karya tersebut dengan dua kali ganda daripada harga asal.
Namun, kata Jafri, dia tidak akan menggunakan wang yang diperoleh daripada hasil jualan lelong hanya untuk diri sendirinya.
Sebaliknya, wang tersebut akan dibelanjakan untuk penjagaan kesihatan dan sanitasi buat komuniti termiskin dunia menerusi Dubai Cares, Unicef, Unesco dan Global Gift Foundation, bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak terutamanya, yang kurang bernasib baik di negara-negara seperti Afrika Selatan, Brazil, India dan Indonesia.
Dalam pada itu, pembeli lukisan terbabit pula, dikhabarkan bakal mendirikan sebuah muzium untuk menempatkan karya berharga itu.
September tahun lalu, Guinness World Records merekodkan lukisan terbabit sebagai kanvas seni terbesar yang pernah wujud di dunia.
Harga tersebut menjadi lukisan terbabit salah satu lukisan termahal yang pernah dijual lelong oleh seseorang seniman.
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.