Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

5 Masalah Kulit Biasa Orang Dewasa Dan Kanak-Kanak

Pelbagai cara dah dilakukan, tetap tak hilang.
Editor
28 Mar 2018, 05:57 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Siapa yang tidak risau jika kita atau anak-anak mengalami radang kulit, kan? Bermacam-macam ubat telah dicuba, makanan pun terlalu banyak senarai pantang larangnya. Siapa yang tak kesian melihat insan tersayang asyik menggaru je.

Selain amalan kebersihan yang betul dan menjaga pemakanan, pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, selalulah membasuh peralatan rumah dengan air panas dan rajin-rajinlah menukar lampin anak. Kami senaraikan antara masalah kulit yang sering terjadi di Malaysia.

#1 Ekzema

5 masalah kulit biasa orang dewasa dan kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

Dikenali sebagai atopic dermatitis. Radang pada kulit yang disertai bengkak, gatal yang kadang kala muncul dengan gejala tertentu seperti timbul kemerah-merahan seperti melecur yang berair di kawasan muka, tangan, leher, siku dan lutut.

Puncanya mungkin disebabkan keturunan, sensitif kepada kepanasan, kain berbulu atau permukaan kasar, jangkitan virus, sabun atau minyak wangi atau mungkin juga alahan kepada makanan tertentu.

#2 Impetigo

5 masalah kulit biasa orang dewasa dan kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

Radang kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu yang masuk ke bahagian kulit yang rosak akibat digaru atau luka. Gejala awal berupa gelembung kecil dan kemudian melepuh, pecah dan mengeluarkan cecair. Selalunya terjadi di kawasan muka terutama di kawasan mulut dan hidung dan di beberapa bahagian lain yang terdedah. Radang ini boleh dielakkan dengan amalan kebersihan yang betul.

#3 Kudis Buta

5 masalah kulit biasa orang dewasa dan kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

Gatal-gatal pada kulit disebabkan gigitan kutu bernama Sarcoptes Scabiei. Penyakit ini merebak melalui sentuhan dan cukup mudah berjangkit jika berada di kawasan tempat tinggal sesak seperti di asrama dan taska.

#4 Ruam Lampin

5 masalah kulit biasa orang dewasa dan kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

Kebiasaaannya terjadi kepada bayi atau kanak-kanak yang memakai lampin pakai buang terlalu lama atau lampin kurang berkualiti. Muncul radang atau kulit kemerah-merahan di kawasan punggung selepas pemakaian lampin pada jangkamasa tertentu.

#5 Ruam panas

5 masalah kulit biasa orang dewasa dan kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

Juga dikenali sebagai miliria, penyakit ini berlaku akibat cuaca panas dan lembap. Kebiasaannya radang dan kegatalan tumbuh di kawasan mudah berpeluh seperti di sekitar leher, bawah ketiak, celah peha, lipatan siku dan lipatan kaki.

Radang kulit antara penyakit biasa yang terjadi kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Jadi, jangan panik! Dapatkan rawatan dengan segera jika tanda-tanda ini diikuti dengan muntah, kesukaran bernafas atau demam panas.

Selain amalan penjagaan kebersihan yang betul, terdapat inisiatif lain yang boleh dilakukan ibu bapa iaitu mengamalkan pengambilan makanan tambahan mengandungi bahan berkhasiat, yang berfungsi untuk membantu mengatasi masalah kulit ahli keluarga seperti pengambilan susu kambing asli.

Susu kambing telah diketahui umum mempunyai khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran serta baik untuk kulit. Menyedari hal ini, pihak Mamadil telah mengeluarkan Mamadil Susu Rizqi iaitu susu kambing asli dengan campuran makanan berkhasiat seperti madu, minyak zaitun, kismis, ekstrak kurma dan habbatus sauda yang bukan sahaja membantu menghaluskan dan melembapkan kulit, malah memberi tenaga tambahan, menyihatkan minda, membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal.

5 masalah kulit biasa orang dewasa dan kanak-kanak

Susu dengan perasa vanila dan coklat ni menjadi kegemaran seisi keluarga kerana rasanya yang sedap seperti aiskrim. Tidak seperti susu kambing lain yang berbau hamis, Mamadil Susu Rizqi menjadi pilihan bagi mereka yang kurang gemar minum susu sebelum ini. Satu kotak mengandungi 20 sachet, boleh diamalkan sekali pagi dan sekali malam.

Inginkan kulit anak lebih sihat? Apa tunggu lagi? Dapatkan Mamadil Susu Rizqi hari di wakil jualan sah, farmasi terpilih dan di 16 outlet Mamadil seluruh Malaysia. Layari Website Mamadil  atau FB Mamadil Malaysia untuk info lanjut dan untuk senarai pengedar sah Mamadil.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}