Rancangan realiti, Asia’s Got Talent musim ke-3 kali ini menyaksikan penyertaan dua wakil daripada Malaysia, iaitu Yaashwin Sarawanan dan kumpulan NAMA.
Yaashwin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Human Calculator’ telah beraksi dipentas Grand Final Asia’s Got Talent 2019 baru-baru ini dengan dua aksi trik terbaru, iaitu meneka hari dalam kalendar dan menyelesaikan masalah nombor dengan congak.
Manakala kumpulan NAMA yang diwakili oleh empat graduan dari Universiti Malaya, iaitu Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida, mereka juga berjaya buktikan kemampuan bakat suara mereka di Grand Final ini dengan persembahan yang cukup bertenaga dan memukau.
Undian bagi kesemua peserta Grand Final Asia’s Got Talent 2019 ini akan berakhir pada hari Rabu, 10 April pada jam 11.59 malam. Cara undian adalah seperti berikut:
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.