Bahan dapur seperti madu dan kunyit sudah menjadi bahan popular dalam perawatan kecantikan. Minyak kelapa juga menjadi semakin popular untuk digunakan sebagai bahan perawatan kecantikan.
Minyak kelapa mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kulit dan juga rambut. Jadi ini adalah antara manfaat minyak kelapa untuk perawatan kecantikan.
- Melembapkan kulit
Minyak kelapa lebih efektif dalam melembapkan kulit daripada minyak mineral. Minyak kelapa lebih bagus digunakan untuk mengubati kulit kasar, bibir kering dan kulit tumit yang kering dan yang pecah-pecah.
- Merawat kulit eczema
Telah terbukti secara klinikal, minyak kelapa dapat merawatkan kulit eczema yang selalu naik ruam gatal dan bersisik.
Dibandingkan dengan minyak zaitun ataupun minyak mineral, minyak kelapa lebih baik mengubati kulit kering dan gatal. Minyak kelapa dapat meringankan eczema hingga 68 peratus.
- Membantu penyembuhan luka
Telah terbukti bahawa menggunakan virgin coconut oil untuk merawat luka melekaskan penyembuhan luka, meningkatkan pengaktifan antioksidan dan meningkat kadar kolagen.
- Melindungi kulit dari sinaran UV
Sinaran ultraviolet (UV) adalah penyebab kanser kulit dan kerutan. Terbukti bahawa minyak kelapa mampu melindungi kult dari sinaran UV sehingga 20 peratus. Kerana minyak kelapa mampu melindungi kulit dari sinaran UV, ia juga mampu menenangkan kulit sunburn.
- Mencegah rambut dari kekeringan
Merawati kulit kepala dengan minyak kelapa merupakan rahsia kecantikan yang sudah lama sebenarnya. Minyak kelapa sahaja yang mampu mengekalkan protein dari akar rambut supaya rambut tak kering dan tak cepat rosak.
- Mengubati kuku kering
Kuku yang raouh dan kering boleh dirawati dengan menggunakan minyak kelapa. Sapukan minyak kelapa pada kuku yang kering.
Sumber: Merdeka.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.