Pelat adalah keadaan bila seseorang individu itu menyebut sesuatu perkataan dengan bunyi yang berbeza daripada ejaan asalnya. Ia adalah hasil daripada pergerakan bibir, mulut dan lidah yang mempunyai kaitan dengan saraf neurologikal.

Perkataan-perkataan seperti makan yang akan berbunyi sebagai ‘akan’, minum sebagai ‘inum’ dan sayang sebagai ‘ayang’ sering berlaku dalam kalangan bayi brusia setahun sehingga kanak-kanak seawal usia tujuh tahun. Ada kes juga yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.
Menurut Pensyarah Kanan dan Penasihat Klinikal di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya itu, pelat ini bergantung pada apa yang diwarisi dan bukannya muncul secara tiba-tiba.
Faktor lain yang menyebabkan berlakunya pelat adalah dalam kalangan masyarakat seperti loghat negeri Pantai Timur dan juga utara.

Pensyarah Kanan dan Penasihat Klinikal di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya itu, ia bergantung pada apa yang diwarisi.
"Pelat itu normal atau tidak, bergantung pada apa yang diwarisi, bukan muncul tiba-tiba," katanya.
Bagi merawat masalah pelat ini, mereka perlu membuat saringan di Bahagian Otorinolaringologi (ENT) sebelum pakar pertuturan mengesan huruf dan bunyi yang mana sukar dilakukan seperti B, P, D dan Q.
Seterusnya intervensi dijalankan mengikut suku kata seperti KV, KVK, KVKV dan KVKVK. Apabila kanak-kanak berjaya menyebut semua suku kata tersebut bermakna pelatnya boleh dibetulkan dan dikurangkan.
Selain rawatan, ibu dan bapa memainkan peranan sangat penting dalam membentuk pertututan kanak-kanak agar apa yang disebut itu adalah dalam sebutan yang betul, bukannya ala manja-manja.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.