Kredit gambar utama: orangjohor.com
Negeri Johor bukan sahaja terkenal dengan Legoland, Johor Premium Outlet dan berbagai makanan enak seperti mee bandung, asam pedas, mee rebus tulang dan kacang pol tetapi kecantikan masjid-masjid yang turut menjadi lokasi tarikan pelancong. Pendek kata, anda belum pusing satu Johor kalau tak singgah 5 masjid ni.
#1 Masjid Negeri Sultan Abu Bakar
Kredit: Tourism Johor
Masjid yang mengetengahkan reka bentuk ala Moorish ni dibina antara tahun 1892 hingga 1900 di lokasi yang sangat strategik di atas bukit di Pantai Lido menghadap ke Selat Tebrau, yang memisahkan daratan Malaysia dan Singapura. Dari halaman belakang, jelas kelihatan Kota Singa. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar bersempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang menitahkan pembinaan masjid ini pada tahun 1892.
#2 Masjid Kota Iskandar
Masjid ini terletak di lokasi tumpuan pelancong, Kota Iskandar, bukan sahaja cantik dengan hiasan berunsurkan islam dan ukiran ayat suci di dinding, tetapi kedudukannya di tempat tinggi memberi kelebihan kepada pengunjung melihat kawasan Kota Iskandar.
#3 Masjid Sultan Ismail UTM
Masjid yang sekali imbas kelihatan seperti istana fairytale dengan kehadiran tiga menara dengan ketinggian berbeza. Pembinaan masjid tiga tingkat ini bermula tahun 1986 dan siap sepenuhnya pada tahun 1990. Masjid Sultan Ismail ini terletak di tengah-tengah kampus UTM.
#4 Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Kredit: Wikipedia
Masjid tertua dan terkenal di Muar ini mula dibina antara tahun 1925 hingga 1930 bagi menggantikan masjid terdahulu yang dibina sekitar tahun 1884 dan 1887. Masjid ini terletak bersebelahan sungai Muar, reka bentuknya pula hasil gabungan senibina tradisi dan pengaruh barat. Bertentangan dengan masjid ini iaitu di seberang sungai Muar, terdapat sebuah lagi masjid seakan sama dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim iaitu Masjid Jamek Sultan Ismail.
#5 Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail
Kredit: Wikipedia
Dibina berhadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail siap sepenuhnya pada tahun 2003. Selain menjadi tumpuan pelancong, masjid ini digunakan jemaah dari kawasan berhampiran untuk melaksanakan ibadah solat.
Ada banyak lagi masjid yang cantik di Johor, tetapi 5 masjid ini antara yang terkenal. Walau secantik mana pun sesebuah masjid, akan rosak jika tidak dijaga. Anda boleh membantu memelihara masjid sedia ada mahupun menyumbang untuk pembinaan masjid baru dengan menghubungi Tabung Pembangunan Masjid negeri Johor.
Tabung ini diwujudkan untuk membantu mengumpul dan mengagihkan dana untuk membantu pembinaan masjid dan menjaga kebajikan masjid-masjid dan surau di negeri Johor.
Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor juga berkerjasama dengan pelbagai agensi awam, swasta dan masyarkat bagi mempromosikan kesedaran menginfak ke Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor.
Tidak susah pun untuk menyumbang, anda boleh lakukan dengan kaedah potongan gaji dengan memuat turun borang dan menghantarkan borang yang telah lengkap kepada Pihak Pengurusan Tabung Masjid Johor. Sumbangan juga boleh boleh dimasukkan ke akaun Maybank bernombor 551016202271. Layari Facebook Tabung Pembangunan Masjid Negeri Johor untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.