Seorang lelaki di Thailand maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang bermain telefonnya yang dicas.
Ibu mangsa yang curiga kerana panggilannya tidak dijawab terus bergegas ke bilik mangsa, namun mendapati mangsa terbaring dan tidak sedarkan diri sambil memegang telefon yang masih disambung ke suis utama.
Ibu mangsa juga cuba mengejutkan anaknya itu namun tidak berjaya.
Polis yang tiba dilokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia berpunca daripada renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya yang dicas.
"Saya datang ke sini untuk melawatnya tetapi dia menghabiskan banyak masa di dalam bilik. Bila saya minta dia bersihkan rumah dia tidak membalas. Saya hubungi polis kerana bimbang dia tidak beri sebarang tindak balas," kata ibu mangsa.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.