Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Mechamato Takluki Jepun, Bukti Kuasa Animasi Tempatan di Pentas Dunia

IDRUS, Husna Najwa
07 May 2025, 02:56 PM

mechamato takluki jepun, bukti kuasa animasi tempatan di pentas dunia

Foto: X (@nizamabdrazak)

Fenomena Mechamato terus membanggakan negara apabila siri animasi tempatan ini menerima sambutan luar biasa di Jepun, tanah kelahiran anime dan antara pasaran animasi paling kompetitif di dunia. Dalam satu ciapan oleh pencipta Mechamato sendiri, Nizam Abd Razak, beliau berkongsi keterujaannya melihat peminat Jepun beratur panjang untuk bergambar bersama watak utama Mechamato di sebuah ekspo. 

mechamato takluki jepun, bukti kuasa animasi tempatan di pentas dunia

Foto: X (@nizamabdrazak)

Apa yang lebih mengagumkan, menurut Nizam, ada peminat yang sanggup mencetak poster Mechamato sendiri dan membawanya ke acara tersebut. Kanak-kanak pula tidak henti-henti menyebut frasa ikonik "Mechanize!" yang menjadi simbolik kepada kuasa transformatif dalam siri ini. 

Gambar-gambar yang disertakan dalam ciapan memaparkan suasana penuh keterujaan. Mechamato berinteraksi dengan peminat pelbagai peringkat umur, dari anak kecil hinggalah ibu bapa yang kelihatan turut terhibur. Ada keluarga yang mengambil gambar bersama Mechamato sambil memegang cenderamata dan barangan rasmi, membuktikan pengaruh animasi ini merentasi budaya dan bahasa. 

mechamato takluki jepun, bukti kuasa animasi tempatan di pentas dunia

Foto: X (@nizamabdrazak)

Kejayaan ini tidak hanya menjadi pencapaian besar buat Monsta Studio, tetapi juga menjadi motivasi untuk produksi musim keempat Mechamato dan filem kedua yang kini dalam perancangan. Sambutan ini memberi isyarat bahawa kandungan tempatan mampu berdiri setaraf dengan produksi antarabangsa, malah mendapat tempat dalam kalangan peminat global. 

Kejayaan Mechamato di Jepun adalah bukti bahawa karya kreatif Malaysia bukan sahaja mampu menembusi pasaran global, tetapi juga mencipta impak yang mendalam. Ia memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan untuk terus menghasilkan karya bermutu tinggi dan tidak gentar bersaing di peringkat antarabangsa. 

Mechanize dan terus mara, Mechamato!

Sumber: X (@nizamabdrazak) 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us