Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Suri Rumah Rancang Rompak Ibu Mertua Sendiri, Siap Pura-Pura Jadi Mangsa

ROSTAM, Mohamad Firdaus
22 May 2025, 11:04 AM

Polis kesan tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai | Astro Awani

Foto sekadar hiasan

Seorang suri rumah berusia 27 tahun di Pekan, Pahang, sanggup merancang rompakan terhadap ibu mentuanya sendiri demi melunaskan hutang along.

Memetik laporan Astro Awani, lebih mengejutkan, dia berpura-pura menjadi mangsa samun dalam kejadian yang berlaku di Felda Chini Timur 1 pada 20 Mac lalu.]

Dalam laporan polis yang dibuat, wanita tersebut mendakwa disamun oleh empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau. Namun, siasatan pihak berkuasa mendedahkan bahawa dia sebenarnya dalang di sebalik kejadian tersebut, merancang bersama beberapa rakan untuk merompak barang kemas milik ibu mentuanya yang dianggarkan bernilai RM12,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, hasil risikan dan tindakan pantas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) IPK Pahang dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pekan berjaya menahan enam individu yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. Kesemua suspek, berusia antara 27 hingga 36 tahun, ditahan dalam serbuan berasingan pada 15 Mei lalu.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mendakwa dirinya disamun oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau. Namun, siasatan lanjut mendapati dia sebenarnya merancang kejadian samun itu bersama rakannya untuk merompak barang kemas milik ibu mentuanya.

“Selepas menyamun, hasil jualan barang kemas tersebut digunakan untuk membayar suspek lain dan melunaskan hutang along,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujian saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine. Mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan samun, dadah dan pecah rumah. Seorang daripada suspek memiliki 12 rekod jenayah lampau termasuk di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dua lagi suspek, iaitu wanita yang berpura-pura menjadi mangsa dan seorang lelaki, didapati negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai berkait dengan kejadian samun tersebut hasil maklumat daripada suspek yang ditahan. Antara barangan dirampas termasuk tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, seutas rantai leher dan gelang tangan, beberapa helai pakaian, sebilah pisau berhulu kayu, kad bank serta dokumen pajak gadai.

Kesemua suspek kini direman sehingga 23 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Dua suspek utama, iaitu wanita berkenaan dan rakannya, akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuantan pada 23 Mei ini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us