Indahnya agama Islam yang sentiasa mengajar manusia perkara yang baik dan buruk. Semua perkara yang kita lakukan pasti ada adab dan caranya, begitu juga apabila ingin meminum air.
Daripada Anas bin Malik RA berkata: “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda SAW bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.”
(Riwayat Muslim)
Merujuk kepada Imam Al-Nawawi, ia merupakan perkara makruh untuk bernafas di dalam bekas dan ia merupakan sunnah untuk bernafas ketika minum di luar bekas minum sebanyak tiga kali. Menurut hadis di atas, amalan tersebut dilakukan untuk menyelamatkan kita daripada penyakit dahaga dan penyakit yang boleh mendatangkan jika meminum air dengan sekali nafas.
Para ahli sains juga telah membuktikan meminum air sambil bernafas di dalam bekas tidak baik dan tidak sihat sebenarnya. Segala panduan dan pantang larang yang diberikan ada kebaikannya tersendiri. Maka, lebih afdhal jika mematuhi pantang larang tersebut.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.