Kredit gambar utama: Pexels
Pernah dengar tentang minyak argan? Minyak yang diestrak dari buah pokok argan yang banyak tumbuh di Maghribi ni kaya dengan vitamin A, vitamin E, antioksida dan minyak Omega, sangat sesuai digunakan dalam regim penjagaan kecantikan harian.
Minyak argan bukan sahaja baik untuk rambut, tetapi boleh digunakan pada semua anggota badan, dan sesuai untuk lelaki dan wanita. Jika anda mempunyai masalah ni, atasinya dengan mengoles minyak argan dan mengurut lembut kawasan terlibat setiap hari.
#1 Kulit Kering
Kredit: Pexels
Minyak argan tinggi kandungan antioksida, vitamin A, C dan E, asid linoleid dan asid lemak Omega-6 menjadikannya sangat sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering.
#2 Jerawat
Minyak argan bukan sahaja mampu mengawal pengeluaran sebum, kandungan antioksidanya boleh mengurangkan keradangan kulit dan membantu pertumbuhan sel baru. Parut pada wajah pun boleh hilang dengan cepat.
#3 Awet Muda
Kredit: Pexels
Semakin meningkat usia, semakin banyak tanda-tanda penuaan. Atasi masalah ni dengan mengoles minyak argan yang tinggi aktioksida dan vitamin E. Minyak yang disapu pada wajah akan bertindak sebagai benteng yang bukan sahaja mengembalikan keajalan kulit tetapi menutup liang pori dan kedutan.
#4 Kelemumur & Rambut Menipis
Memang bertuah kalau anda tiada masalah rambut berkelemumur atau rambut menipis. Dah macam-macam cara dilakukan tetapi belum berhasil. Anda boleh cuba teteskan minyak argan di rambut. Masalah kelemumur hilang dan rambut lebih lebat dan bersinar.
#5 Stretch Mark
Kredit: Shutterstock
Kulit menggeleber dan penuh dengan stretch mark memang memalukan. Kandungan vitamin A dan E membantu mengembalikan keanjalan dan melembapkan kulit serta mengurangkan stretch mark.
#6 Melembapkan Bibir
Bukan sahaja untuk kulit dan rambut, minyak argan juga baik untuk merawat bibir merekah dan kering.
#7 Rawatan Kaki
Tumit kering jika dibiarkan boleh menyebabkan kawasan terlibat kesat dan berdarah. Amalan menyapu minyak argan memberi kelembapan dan mengatasi masalah tumis. Selain tumit, minyak ini juga boleh digunakan untuk merawat kuku dan kutikel. Hanya sapukan minyak argan pada kuku dan kawasan sekitar dan biarkan seketika. Tiada lagi masalah hangnail yang menyakitkan!
Jika anda sedang tercari-cari minyak argan terbaik untuk kegunaan harian, Manniqueen Argan Oil Elixir adalah jawapannya. Bukan sahaja membaiki dan mengatasi masalah rambut dan kulit, baunya yang harum membuatkan anda tidak perlukan losyen wangian badan yang lain. Manniqueen Argan Oil Elixir adalah SATU-SATUNYA minyak argan yang bertekstur pekat di Malaysia!
Layari website, Facebook atau Instagram Manniqueen Beauty HQ hari ini untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.