Orang ramai tertanya-tanya mengenai pengambilan suntikan vaksin COVID-19 sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba, sama ada ia akan membatalkan puasa atau tidak.
Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata mana-mana suntikan tidak membatalkan ibadah puasa kerana ia bukan membabitkan rongga terbuka.
Bahkan, ujian calitan swab COVID-19 yang dilakukan di bahagian hidung dan mulut tidak membatalkan puasa seseorang.
"Saya akui mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan. Namun saya ingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa seseorang.
"Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal," ujarnya.
Menurut laporan sebelum ini, lebih 14,000 individu di Kelantan telah terima suntikan vaksinasi fasa pertama. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kesemua individu berkenaan terdiri daripada pasukan barisan hadapan.
Tambahnya lagi, proses suntikan vaksinasi sehingga kini masih membabitkan pasukan barisan hadapan.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.