Siapa sangka najis singa disebuah sarkas menjadi begitu laris dan popular, sehinggakan ia kini dijual kepada orang ramai?
Itu yang terjadi di bandar Munich, Jerman selepas sebuah sarkas cuba untuk menampung perbelanjaan harian mereka yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 baru-baru ini dengan menjual najis singa serta harimau.
Pada mulanya, ia adalah sebagai satu bahan jenaka untuk menjual najis haiwan berkenaan, namun mereka tidak menyangka lama-kelamaan ia menjadi popular.
Ada yang membeli najis singa dan harimau ini sebagai penghalang haiwan lain seperti kucing dan babi hutan daripada menghampiri kebun dan tanaman mereka.
Najis singa dan harimau ini dijual pada harga €5 (RM20) untuk setiap satu balang.
Tambah lagi, hasil kutipan daripada penjualan najis itu juga akan membantu pengurusan sarkas bagi menampung 26 ekor singa dan harimau perliharaan mereka.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak mendakwa najis berkenaan mempunyai bakteria yang membahayakan nyawa manusia serta hidupan liar. Namun, dakwaan itu ditepis oleh pihak sarkas selepas mereka menghantar sampel najis tersebut untuk diuji dimakmal.
Sumber: Joy Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.