Dianggarkan sehingga kini terdapat 7.8 bilion penduduk di dunia, dengan kelahiran sehingga 385,000 bayi setiap hari.
Daripada bayi yang dilahirkan ini, pilihan nama ‘Muhammad’ dilihat kekal menjadi pilihan ramai ibu dan bapa sepanjang tahun 2020.
Menurut BabyCentre, iaitu sebuah syarikat media dalam talian yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat, nama Muhammad mendahului nama-nama lain dalam top 100 nama popular pilihan ibu bapa bagi bayi lelaki.
Rekod ini kekal untuk dua tahun berturut-turut sejak tahun lalu.
Bagi nama bayi perempuan, nama Sophia menjadi pilihan paling popular tahun ini, diikuti nama Olivia ditempat kedua.
Berikut adalah top 10 nama popular bayi lelaki dan perempuan, menurut kajian oleh BabyCenter:
TOP 10 NAMA POPULAR BAYI LELAKI
1. Muhammad
2. Noah
3. Oliver
4. Arthur
5. Leo
6. Freddie
7. George
8. Theo
9. Charlie
10. Jack
TOP 10 NAMA POPULAR BAYI PEREMPUAN
1. Sophia
2. Olivia
3. Amelia
4. Lily
5. Isla
6. Ava
7. Mia
8. Aria
9. Freya
10. Isabella
Tambah lagi, Jabatan Perangkaan Malaysia juga telah menyenaraikan nama bayi popular bagi tahun 2019, iaitu nama ‘Muhammad Adam Rizqi’ dan ‘Ainul Mardhiah’ yang sering menjadi pilihan ibu dan bapa di Malaysia.
Sumber: Mirror UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.