Siapa je yang tak suka makan ayam goreng. Kerangupan di luar, lembut dan juicy di dalam. Dan ayam goreng ini kelihatan sangat enak, tapi sayangnya ia tidak boleh dimakan dan anda mungkin boleh patah gigi jika mengigitnya.
Sebab ‘ayam goreng’ ini sebenarnya kristal.
Baru-baru ini di Indiana, Amerika Syarikat, seorang wanita menemui kristal langka yang mirip ayam goreng!
Amelia Rude dari Bloomington menarik perhatian ramai orang baru-baru ini apabila dia muat naik gambar penemuannya yang amat jarang ditemui.
Wanita berusia 20 tahun itu menjalankan sebuah perniagaan perhiasan batu permata tidak sangka akan penemuannya itu akan menjadi viral selepas gambar kristal dimuat naik di Reddit.
"Saya tahu ia kelihatan seperti ayam goreng yang cukup menyakinkan, jadi saya menjangkakan ia akan mendapat seribu suara atau lebih, tetapi saya terkejut ketika ia menjadi viral," katanya kepada UNILAD.
Tetapi apa sebenarnya ‘ayam goreng’ kristal ini?
"Kristal ini merupakan kumpulan kalsium karbonat!" kata Amelia.
"Ada dua jenis: kalsit dan aragonit. Ujian cuka atau HCl yang sederhana akan menentukan sama ada kalsit atau aragonit, tetapi saya teragak-agak untuk mengikis keindahannya yang renyah. "
Menurut Amelia, kristal yang kelihatan seperti makanan itu sebenarnya perkara yang sangat biasa.
"Banyak kristal kelihatan sangat enak, tetapi saya tidak pernah mengatakan bahawa saya pernah melihat kristal ayam goreng yang amat meyakinkan sebelum ini.
Potongan rhodochrosite boleh kelihatan seperti ham atau grapefruit, dan kuarza mawar merah jambu gelap akan kelihatan mirip seperti daging mentah yang baik, ”jelasnya.
Sudah pasti ini adalah penemuan yang sangat rare.
Sumber: UNILAD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.