Bahan kimia boleh terbentuk secara semula jadi dalam beberapa makanan berkanji semasa makana tersebut dimasak. Antara contoh bahan kimia tersebut ialah acrylamide.
Acrylamide adalah bahan kimia yang terhasil dari makanan berkanji yang dimasak pada suhu panas dan lama.
The International Agency for Research on Cancer juga telah mengklasifikasikan Acrylamide sebagai 'bahan berpontensi penyebab kanser'.
Antara contoh makanan berkanji yang berpotensi menghasilkan acrylamide ialah nasi goreng, kerepek pisang, kentang goreng, roti bakar, mee goreng dan juga kentang bakar.
Justeru, adalah disarankan untuk memasak makanan berkanji ini sehingga warna emas kekuningan serta mengikut cara penyediaan makanan daripada pengilang agar suhu penyediaan makanan tidak terlalu tinggi.
Selain itu, rendam kentang dalam air selama 15 hingga 30 minit dan tidak menyimpan ubi kentang dalam peti sejuk bagi mengurangkan kandungan acrylamide dalam makanan.
Sumber : KKM / https://www.cancer.gov/
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.