Foto: Instagram
Penyanyi dan pelakon, Noki, mengakui tidak menolak jika jodohnya tertulis dengan wanita yang berasal dari Pantai Timur.
Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 31, dia menyukai wanita dari Kelantan dan Terengganu kerana kecantikan wajah mereka yang manis.
"Jika ditanya, saya lebih suka wanita dari Kelantan dan Terengganu. Saya lihat kebanyakan wanita bertudung dan berwajah kacukan dari Pantai Timur sangat cantik dan manis," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, anggota kumpulan K-Clique ini turut menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang yang berasal dari Pantai Timur.
"Tidak ada apa-apa. Saya juga teruja untuk merasai pengalaman beraya di Kelantan dan Terengganu tahun ini, sebab ada kawan ajak beraya di sana, memandangkan saya tidak balik ke Sabah.
“Saya pun tak pernah beraya di sana, jadi ingin juga merasakan suasana raya di negeri orang. Mana tahu, kalau ada jodoh di sana, saya pun tidak menolak," selorohnya.
Foto: Instagram
Ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, pelakon filem Soloz: Game Of Life ini mengakui dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, cuma jodohnya belum tiba.
"Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, cuma jodoh belum sampai. Keluarga pun tidak kisah saya memilih siapa, asalkan wanita itu bertudung dan menutup aurat.
Saya tak kata yang tak bertudung tidak boleh berubah, tapi lebih mudah jika wanita bertudung kerana dia sudah memahami agama," jelasnya.
Noki turut menjelaksan bahawa dia mencari wanita yang boleh membimbingnya ke jalan yang baik kerana menyedari dirinya juga mudah terpengaruh dengan persekitaran.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.