Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

SPRM Teliti Jumlah Bayaran Diterima Selebriti Berhubung Op Sky

Aimi Amira Nordin
06 Feb 2025, 04:35 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihak mereka sedang meneliti bayaran yang diterima tiga selebriti bagi mempromosikan syarikat perunding kewangan.

Perkara itu disahkan dan diberitahu oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau, siasatan itu telah dijalankan secara menyeluruh bagi melihat terdapat sebarang kesalahan atau tidak yang berlaku.

sprm teliti jumlah bayaran diterima selebriti berhubung op sky

Foto: Harian Metro

 

"Kita nak tengok sekiranya (syarikat) melakukan begitu banyak pelaburan untuk membayar selebriti berkenaan, ini akan menimbulkan kemusykilan kepada kami.

"Dalam hal ini, kita perlu melihat semua aspek, dan mereka dipanggil untuk diambil keterangan sama ada boleh membantu dalam penyiasatan kami atau tidak.

"Bukan sahaja untuk melengkapkan siasatan tetapi kita nak tengok kenapa syarikat berkenaan menggunakan selebriti ini untuk mempromosikan pakej mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, SPRM mendedahkan beberapa selebriti termasuk artis lagenda dan ikon inspirasi dalam siasatan kerana pembabitan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang bersekongkol dengan pegawai bank tempatan bagi memperdayakan ramai peminjam bank, termasuk ribuan penjawat awam melalui pinjaman bertindih.

Apa yang berlaku adalah, selebriti terbabit dibayar hingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka bertujuan untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan syarikat terbabit.

sprm teliti jumlah bayaran diterima selebriti berhubung op sky

Foto: Sinar Harian

Susulan daripada itu, tiga selebriti hadir ke pejabat SPRM untuk dirakam keterangan masing-masing bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan.

Mereka ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Siti Roziana Zain atau mesra disapa Ziana Zain dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us