Satu kajian yang diterbitkan oleh Sage Open Journal menunjukkan, 40 peratus individu bertangan kidal cenderung untuk alami sakit mental yang teruk, atau skizofrenia. Penyelidik dari Universiti of Yake di Amerika Syarikat yang juga pengarang jurnal itu, Jadon Webb berkata, hasil kajian menunjukkan mereka yang bertangan kidal merupakan antara pesakit yang mengalami gangguan mental.
Walaubagaimana pun, hanya 10 peratus penduduk dunia adalah bertangan kidal. Nick Craddock, seorang pakar sakit jiwa dari Universiti of Cardiff berkata, kajian antara hubung kait penggunaan tangan dengan gangguan mental dapat membantu mereka memahami perkembangan otak, khususnya dalam masalah skizofrenia.
"Kajian tersebut dapat membuktikan bahawa penyakit psikiatri yang teruk seperti penghidap skizofrenia mempunyai asas fizikal yang sebenar di dalam otak dan badan, dan bukan semuanya 'di dalam minda','' katanya seperti yang dipetik daripada Utusan.
Sumber: Utusan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.