Buat mereka yang biasa berkunjung ke Terengganu, Pasar Besar Payang atau Pasar Payang telah menjadi ikon di negeri itu sejak 51 tahun yang lalu.
Namun, pasar yang telah dibina sejak 1968 itu akan dirobohkan dan digantikan dengan pasar yang lebih moden dan selesa bermula April ini.
Kesemua peniaga telah pun diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan lain, yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu, yang menelan belanja RM50 juta dijangka siap dua tahun lagi.
Namun, rata-rata ramai merasa sedih dengan berita ini kerana Pasar Payang telah meninggalkan 1001 memori kepada penduduk, khususnya peniaga disini.
Nama Pasar Payang, yang beroperasi seawal 7 pagi hingga 6 petang itu, diambil sempena ‘perahu payang’ yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri itu, dan pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu dan dinaik taraf pada 1968.
Bangunan dua tingkat yang bakal dirobohkan itu, menjual pelbagai barangan di tingkat atas terutama kain batik dan songket asli Terengganu manakala di aras bawah mempunyai gerai menjual barangan basah serta pelbagai rempah ratus dan barang kemas.
Sumber: BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.