Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Ugut Bunuh Dan Minta Bayar Hutang RM100, Pekebun Pisang Dipenjara 4 Tahun

Aimi Amira Nordin
10 Feb 2025, 06:50 PM

ugut bunuh dan minta bayar hutang rm100, pekebun pisang dipenjara 4 tahun

Foto: Kosmo

Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM3,000 kepada Mohd Zakuan Jaafar, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan pemerasan menggunakan parang terhadap seorang wanita warga emas di Kampung Lubok Simpol, Kuala Krai, bulan lalu.

Tertuduh yang juga merupakan seorang pekebun pisang di Mahkamah Sesyen, hari ini memberitahu bahawa dia meminta duit berjumlah RM100 kepada mangsa kerana hutang lampau.

“Saya minta duit RM100 dan ugut bunuh sebab dia berhutang dengan saya,” kata tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memeras ugut seorang wanita berusia 62 tahun sehingga menyebabkan mangsa ketakutan akan dibunuh sehingga mendorong warga emas itu menyerahkan wang tunai RM100.

Dalam pada itu, perbuatan terbabit dilakukan di sebuah kedai makan di Kampung Lubok Simpol di Kuala Krai pada jam 11 pagi pada 28 Januari lalu.

Namun begitu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 386 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Pendakwaan dilakukan  oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us